Kami menyediakan perkhidmatan perancangan harta yang menyeluruh dengan kerjasama strategik bersama As-Salihin Trustee Berhad – bagi memastikan harta anda diurus dan diagih secara sah, pantas dan patuh Syariah setelah ketiadaan anda kelak.
Khidmat Perancangan Harta ialah proses merancang, menyusun dan mendokumentasikan bagaimana harta seseorang akan diurus dan diagihkan semasa hidup atau selepas meninggal dunia.
✅ Perjanjian Aset Perolehan Bersama (Suami Isteri)
Dokumen yang menetapkan pemilikan bersama ke atas harta suami isteri – elak pertikaian jika berlaku kematian atau penceraian.
✅ Pentadbiran Harta Pusaka (Tanpa Wasiat)
Urus proses pembahagian harta arwah yang tiada wasiat mengikut faraid – bantu waris melalui prosedur sah & teratur.
✅ Hibah Akaun CDS BURSA
Pemindahan hak milik saham kepada penerima pilihan, tanpa perlu melalui faraid – khas untuk pelabur CDS.
✅ Hibah Amanah
Hibah Amanah ialah gabungan antara hibah (pemberian harta secara sukarela) dan amanah (pengurusan harta secara profesional).
✅ Hibah Harta (Rumah dan Tanah)
Pemberian harta tak alih kepada penerima semasa hidup – elak pertikaian & tidak tertakluk pada faraid.
✅ Penulisan Wasiat
Dokumen rasmi agihan harta selepas kematian – pastikan harta diagih ikut kehendak dan memudahkan waris.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi kami